Wednesday, December 23, 2009

ACAB

ACAB, kumpulan muzik underground masa gua form 1-3 dulu yang member-member gua puja. masa ni gua pun boleh terikut sekali lagak member-member gua. Tapi nasib baik gua tak puja. ACAB ni banyak maksud dia. yang gua ingat ada dua, member gua pernah sebut, All Cops Are Bastard dan Aku Cinta Aku Benci. Maksud pertama memang jelas dan nyata membenci mata-mata, maksud kedua pula terserlah kejiwangan dan kebapokkan serta pondan jika dijiwai secara tersirat.

Dalam post ni gua nak cerita pasal diri gua yang ada sangkut paut dengan maksud pertama. Kejadian ni berlaku baru je beberapa minit yang lalu. Masa 4.30 petang hari ini, 23 Disember 2009. Gua ikut ayah gua ambil kereta volvo 940 baru abis bayar hari ini di Johor Bahru. Lepas tu gua dengan adik gua balik la naik kereta volvo 940 nih, lalu lebuhraya dari Skudai dan terus menghala ke kampung halaman gua, Rengit. Untuk sampai ke Rengit, gua kena keluar lebuhraya di plaza tol Simpang Renggam. Keluar je dari lebuhraya, macam biasa, gua bayar tol dan gua menuju ke jalan Benut untuk sampai ke Rengit.

5 minit gua berlalu, Datuk Bandar tahan gua, dia tunjuk isyarat seperti kad dari jauh, gua berhenti sambil dengan gaya terkacak gua bagi Datuk Bandar mahukan, tak bagi kang dia mengamuk, risau gua tengok dia mengamuk nanti. babi.

dia tengok kad gua, toleh depan dan belakang, lepas tu tanya gua, "P awak kenapa tak tampal?"
Datuk Bandar suruh gua berhenti dekat tepi jalan. Gua berhenti sambil memikirkan ayat-ayat yang sesuai supaya tidak mendapat 'certificate' daripada Datuk Bandar. Bila gua dah cakap macam-macam alasan yang munasabah, Datuk Bandar tetap tidak menerima kritikan gua, lagikan dia dengan egonya yang setinggi gunung kayangan.

Lantas gua menelefon ayah gua yang masih berada di Johor Bahru kerana dia ada urusan lain, ayahku menaiki Fiat Punto Selecta dan kereta inilah yang kami naiki ketika hendak menuju ke Johor Bahru pagi tadi. Datuk Bandar masih berdegil dengan sikapnya yang tidak mesra rakyat, inikan pula ingin berbicara bersama Ayah gua yang kukuh dengan alasan, "kereta baru ambil dari kedai kereta, saya masih di kedai kereta lagi ni". Difahamkan oleh kerana tidak mahu bersembang cara bersama Ayah gua, lantas gua on loudspeaker kepada Datuk Bandar, dengan jawapan yang sinis, Datuk Bandar berbicara dan tetap mencebikkan mukanya yang buat-buat garang kepada gua.

Dengan hati yang tidak rela, gua menandatangi perjanjian untuk menerima "pengiktirafan" yang gua anggap sial. Memang gua mengaku, itu kesalahan gua, tetapi, gua melalui lebuhraya, tidak sempat gua nak berhenti membeli pelekat "P" di RnR. Lagipun perjalanan tu sekejap sahaja. Sebelum meletakkan telefon Ayah gua sempat berkata, "sudahlah bang (gua) , kalau tak boleh budi bicara takpalah, Ayah pun menyampah dengan polis tu" padahal gua tak off loudspeaker sambil didengari dengan sepasang telinga Datuk Bandar tersebut. Dalam hati gua, mampus lah dia nak dengar ke taknak, dah memang babi sangat takleh berbincang.

Babi. Gua tak rela disaman. Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi Babi .

*kali ni gua copy sekali, gua paste 30 kali. Tak termasuk babi yang pernah wujud di karangan di atasnya.

semangat ACAB maksud pertama terngiang-ngiang di telinga gua seperti di zaman kegemilangannya beberapa tahun dahulu.

Tuesday, December 22, 2009

dah boleh!

okeh dah boleh keluar dah CD dari laptop aku. dah tak babi.

*tahniah kepada youtube, solutions di kala susah. idea nak jenguk youtube ni tiba-tiba dapat bila teringat Palee ayam.

burn

semalam gua nak cuba burn lagu dalam CD , saje buat sebab gua dah bosan sangat tahap cipan belaan Sayo. idea ni datang bila gua tengok kat dalam kereta mak bapak gua takde satu CD lagu pun. nak on radio apatah lagi. sebab bapak gua memang tak suka muzik. berbeza dengan jiwa remaja gua yang sepanjang masa nak dengar lagu. satu hari tak dengar macam tak lengkap jiwa raga. lain pulak mak gua. dia memang langsung tak pandai nak switch on radio tu. dah tu radio tu ada kat kereta nak buat ape ye tak?

terpaksa la gua yang terkacak bergaya ni jugak yang raba-raba, picit-picit mana yang patut untuk mendengar lagu ketika memandu. tapi siaran radio bosan pulak tiap-tiap kali dengar era, hot, hitz, fly, ulang-ulang siaran radio tu jugak yang keluar. celoteh din beramboi bersama aznil la. memang tiap-tiap masa ada ulangan. akhirnya gua terasa bosan gila gaban, gaban (nickname member gua) pun tak bosan macam gua.

bila dah macam tu, gua nekad nak burn CD lagu nanti leh dengar lagu kegemaran gua. tanpa membuang air liur, dan peluh yang melekit-lekit, gua ambil kunci kereta pergi kedai Eng Hiap Seng, sebab kat Rengit, kedai ni je la yang ada jual CD.

dengan rakusnya gua sebat 6 keping CD beli, siap beli 2 keping tempat CD lagi tu. gua bayar RM 6.90 kat cashier. akak kaunter tu cun beb! tapi sayang gua tak kenal. entah anak mak cik cendol yang selalu cendolnya gua beli suatu ketika dulu masa gua kecil kot. tapi sebab gua tak bersekolah menengah kat Rengit, melepas la gua nak usha dia time sekolah menengah.


sampai je rumah, gua terus ke laptop kesayangan gua. sebelum keluar gua memang dah prepare lagu mane nak masukkan dalam CD nih, nanti boleh dengar ulang-ulang kali dalam kereta waktu memandu.

masukkan CD, lepas tu gua drag lagu-lagu ke dalam Windows Media Player. picit kat icon burn.

1% completing ***
2 % **
3 % ***

tup-tup keluar notification gua pun dah lupa. tapi something's wrong. then dengan berhati-hati gua tunggu jap, pastu gua cuba eject CD tu. 10 saat gua tunggu tak keluar jugak.

pastu gua biarkan, sebab dah kecewa gila babi tak dapat burn CD. sampai malam, sampai esok pagi (hari ini) dan sampai sekarang.

CD tu tak keluar jugak.

babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi babi

gua copy sekali, paste 20 kali.

Monday, December 21, 2009

post pertama

terasa tak best lak buat post pertama ni. tapi ape nak buat, a journey of milestone starts with a step. untuk pembaca semua. ini sembang bukan sembarang sembang. ini sembang lebat dan berapi. jangan sampai pecah telinga membaca.

dalam post pertama ni, gua nak cita kesah gua time amek lesen kenderaan di sekolah memandu.ada beberapa phase kan kalau korang ingat la. tapi insiden yang gua tak boleh lupakan adalah ketika gua nak kena pergi jawab soalan babi kat depan komputer.

*part 1

gua menunggu bagai nak gila nak sampai giliran. sebelah gua adalah member sekolah lama, Farid (bukan nama sebenar). sekeliling macam semut membeli-belah, ramai gila orang. tak termasuk yang tak dapat kerusi, berdiri semua beb. menunggu giliran punya pasal.

Farid : oih, kau baca tak buku undang-undang jalan? dah abis study?

Gua : dah, nape? *pukimak, kau ingat aku bodoh sangat ke tak baca? pastu kau nak bajet best pehal?*

Farid : aku rasa menunggu ni leceh la, nape la orang tu jawab lama sangat?

Gua : sabar laa balas gua dengan harapan dia akan rilek. mungkin soalan tu susah kot. tu yang jawab lama sangat, nanti sampai jugak giliran kau.

Farid : bodoh! tu la taknak baca buku, padan muka.

Gua : *sunyi* *pehal lak kau tetibe datang isim ni? buang tebiat nak mampus ke ape setan sebelah aku ni*

Akak kaunter : Siapa Farid bin Wahab?

Farid dengan gaya gelabah dia tu memang aku dah tau, gelojoh nak mampus menjawab.

Farid : Ye, saye?

Akak kaunter : awak komputer 8


*part 2

Farid dengan termangu kutu babi masuk sambil buat-buat muka konfiden. Kompem dapat full mark bisik hatiku .

50 minit berlalu. kimak, aku duduk sorang-sorang plak menunggu mamat ganja ni menjawab soalan. bila pulak turn aku? waktu 50 minit tu aku manfaatkan betul-betul untuk menggelamun. macam-macam hal, tapi aku taknak bagi tau. rahsia negara beb!

selang beberapa minit aku nampak member gua keluar dari bilik komputer dengan muka ganja dia tu. terus mendapatkan aku yang penuh keriangan nih.

Farid : weyh, aku tak lepas dow. camner nih?

Gua : macam maner ko tau tak lepas? aku tengok kau cam konfiden je masuk tadi.

Farid : entahla. tapi ending-ending tu dia tunjuk markah. aku tak lepas.

Gua : *senyap* pergh susah tahap gaban ke soalan dia? mati aku pasni bisik hati mahu menggeletar telinga sebelah kiri.

Akak kaunter pun panggil gua. tanpa membuang masa dan membuat aksi gelabah seperti member gua tadi, aku masuk tanpa banyak soalan sia-sia dan kata-kata durjana.

jawab punya jawab gua pun habis jawab! tup-tup catatan masa gua adalah kurang dari 12 minit dan markah gua lepas untuk ke next stage of fucking driving! gua keluar dengan hati yang tenang dan buat-buat tak gelabah. padahal kalau boleh menggelabah dah lama gua buat.


*part 3

keluar dengan gaya superhero baru menyelamatkan bumi terus ke kaunter untuk mendapatkan slip markah. punyalah suka sampai dapat je slip, gua terus keluar dari pusat ujian berkomputer tu.

sampai je motor, gua memecut laju ke arah tempat lepak gua bersama teman-teman babi tapi kurang beranjing. gua tak terus ke sekolah memandu beb, nak poyo punya pasal tunjuk kat member-member lepak gua. sampai je kat warung pak mail, gua jerit. woih! tengok nih gua lepas sekali je! bukan nak poyo beb, tapi gua memang terer awr~!

member gua gelak ramai-ramai tengok slip markah gua. terpinga-pinga gak gua tengok, seperti gelagat babi dihambat lidi bila diorang ketawa. sambil gaya sinis setan-setan lepak ucap tahniah kat gua sebab berjaya tukar jantina.

oh sial! siapa ni Nur Aminah Ezrina kat slip?

baru gua sedar yang gua termenggelabah amik slip markah orang lain. sialan, sungguh sial menjadi bahan tawaan setan durjana selama sebulan.