Monday, December 21, 2009

post pertama

terasa tak best lak buat post pertama ni. tapi ape nak buat, a journey of milestone starts with a step. untuk pembaca semua. ini sembang bukan sembarang sembang. ini sembang lebat dan berapi. jangan sampai pecah telinga membaca.

dalam post pertama ni, gua nak cita kesah gua time amek lesen kenderaan di sekolah memandu.ada beberapa phase kan kalau korang ingat la. tapi insiden yang gua tak boleh lupakan adalah ketika gua nak kena pergi jawab soalan babi kat depan komputer.

*part 1

gua menunggu bagai nak gila nak sampai giliran. sebelah gua adalah member sekolah lama, Farid (bukan nama sebenar). sekeliling macam semut membeli-belah, ramai gila orang. tak termasuk yang tak dapat kerusi, berdiri semua beb. menunggu giliran punya pasal.

Farid : oih, kau baca tak buku undang-undang jalan? dah abis study?

Gua : dah, nape? *pukimak, kau ingat aku bodoh sangat ke tak baca? pastu kau nak bajet best pehal?*

Farid : aku rasa menunggu ni leceh la, nape la orang tu jawab lama sangat?

Gua : sabar laa balas gua dengan harapan dia akan rilek. mungkin soalan tu susah kot. tu yang jawab lama sangat, nanti sampai jugak giliran kau.

Farid : bodoh! tu la taknak baca buku, padan muka.

Gua : *sunyi* *pehal lak kau tetibe datang isim ni? buang tebiat nak mampus ke ape setan sebelah aku ni*

Akak kaunter : Siapa Farid bin Wahab?

Farid dengan gaya gelabah dia tu memang aku dah tau, gelojoh nak mampus menjawab.

Farid : Ye, saye?

Akak kaunter : awak komputer 8


*part 2

Farid dengan termangu kutu babi masuk sambil buat-buat muka konfiden. Kompem dapat full mark bisik hatiku .

50 minit berlalu. kimak, aku duduk sorang-sorang plak menunggu mamat ganja ni menjawab soalan. bila pulak turn aku? waktu 50 minit tu aku manfaatkan betul-betul untuk menggelamun. macam-macam hal, tapi aku taknak bagi tau. rahsia negara beb!

selang beberapa minit aku nampak member gua keluar dari bilik komputer dengan muka ganja dia tu. terus mendapatkan aku yang penuh keriangan nih.

Farid : weyh, aku tak lepas dow. camner nih?

Gua : macam maner ko tau tak lepas? aku tengok kau cam konfiden je masuk tadi.

Farid : entahla. tapi ending-ending tu dia tunjuk markah. aku tak lepas.

Gua : *senyap* pergh susah tahap gaban ke soalan dia? mati aku pasni bisik hati mahu menggeletar telinga sebelah kiri.

Akak kaunter pun panggil gua. tanpa membuang masa dan membuat aksi gelabah seperti member gua tadi, aku masuk tanpa banyak soalan sia-sia dan kata-kata durjana.

jawab punya jawab gua pun habis jawab! tup-tup catatan masa gua adalah kurang dari 12 minit dan markah gua lepas untuk ke next stage of fucking driving! gua keluar dengan hati yang tenang dan buat-buat tak gelabah. padahal kalau boleh menggelabah dah lama gua buat.


*part 3

keluar dengan gaya superhero baru menyelamatkan bumi terus ke kaunter untuk mendapatkan slip markah. punyalah suka sampai dapat je slip, gua terus keluar dari pusat ujian berkomputer tu.

sampai je motor, gua memecut laju ke arah tempat lepak gua bersama teman-teman babi tapi kurang beranjing. gua tak terus ke sekolah memandu beb, nak poyo punya pasal tunjuk kat member-member lepak gua. sampai je kat warung pak mail, gua jerit. woih! tengok nih gua lepas sekali je! bukan nak poyo beb, tapi gua memang terer awr~!

member gua gelak ramai-ramai tengok slip markah gua. terpinga-pinga gak gua tengok, seperti gelagat babi dihambat lidi bila diorang ketawa. sambil gaya sinis setan-setan lepak ucap tahniah kat gua sebab berjaya tukar jantina.

oh sial! siapa ni Nur Aminah Ezrina kat slip?

baru gua sedar yang gua termenggelabah amik slip markah orang lain. sialan, sungguh sial menjadi bahan tawaan setan durjana selama sebulan.

No comments:

Post a Comment